
Bismillah,dan alhamdulilah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad s.a.w. Lama sungguh rasenye saya tidak update blog ni, sampai berkarat dah nampak, hahaha..
bersempena musim haji ni ingin saya berkongsi sedikit sebanyak tentang ape yang saya tahu tentang rukun islam yang kelima ni,yaitu haji ke baitullah al-haram.
Adapun haji pada bahasanya bermaksud:qosad,dan pada dari segi syarak pula, adalah satu qosad untuk menunaikan haji ke baitullah al-haram untuk menunaikan ibadat yang khusus, dengan syarat-syarat yang khusus. Dan ibadat haji ini telah disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah.hukum haji
hukum haji sebagaimana yang telah disepakati oleh seluruh orang orang islam yaitu fardhu, dan salah satu rukun dari rukun-rukun islam yang lima itu.dan tidak ada seorangpun dari orang islam yang berselisih pendapat dengannya keculi mereka-mereka yang terpesong dari islam.Ini kerana banyak dalil yang menjelaskan bahawa ibadat haji ini adalah salah satu dari rukun islam samada dari al-quran,hadis dan ijmak ulama'
hikmah daripada ibadah haji

- Kesatuan di antara umat islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan,kerana ketahuilah bahawa agama islam terbina, salah satunya dengan kesatuan umat dan juga sifat berbaik-baik antara satu sama lain.
- Menghidupkan hakikat sebenar ukhuwah islamiyah tanpa memberi kesan sedikitpun ke atas persaudaraan islam tersebut walaupun dengan perbezaan bahasa percakapan dan jarak yang jauh di antara sesebuah negara.Dan wasilah yang palng baik untuk menghidupkan ukhuwah islamiyah itu adalah ketika mana mereka bertemu di samping kaabah dan menadah tangan berdoa bersama-sama kepada tuhan yang satu,kepada arah yang satu.
- Menzahirkan kesamaan antara sesama umat islam, yakni dengan mengugurkan daripada dirinya sekalian daripada tanda-tanda kebesaran,tiadalah keistimewaan untuk dibanggakan ketika itu, pangkat dan darjat.Tiada beza antara hamba dengan majikannya, tiada beza antara kaya dan miskin, yang ada hanyalah kemahuan semoga ALLAH dekat dengan diri dan mendapat keredhaanNYA.
- Sebagai tarbiyah kepada tubuh badan dengan merasakan sedikit kesusahan dan mengajar kita sabar dengan perkara-perkara yang tidak disukai, dan juga tarbiyah kepada kita supaya beramal dengan akhlak yang baik dengan tawadhok,bertolak ansur dan pergaulan yang baik.
No comments:
Post a Comment