Alhamdulilah,syukur kerana kita masih diberi kehidupan dan nikmat yang begitu banyak dan tiadalah nikmat yang paling besar melainkan nikmat iman dan nikmat islam ,dan selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW,nabi dan rasul yang tiada ganti selepasnya,sebagai rahmat sekelian alam,pemberi syafaat di akhirat kelak,semoga kita termasuk dikalangan mereka yang mendapat syafaat baginda,ameen.
Setelah sebulan berpuasa,syawal pula menjelma,kita semua bergembira memakai baju baru,dan bertemu sanak saudara.tapi sebelum itu,marilah kite tengok kembali macam mana hasil daripada puasa sebulan itu dalam kehidupan kita.adakah kita masih berada dalam maksiat ataupun sebaliknya.allahumma balighna ramadhan,ameen.Para sahabat nabi pernah mangatakan bahawa mereka meinginkan setahun itu menjadi bulan ramadhan,haaa...kenapa??Ini kerana masing-masing sudah mengetahui yang bulan ramadhan ini terlalu banyak nikmat dan keampunan yang dikurniakan ALLAH,ganjaran pahala digandakan dan banyak lagi kalau nak cakap kat sini memang panjang giler la .Bahkan para sahabat menangis apabila ramadhan berada di akhir penhujungnya,masyaALLAH..

walaupun begitu,di bulan syawal ini disunatkan kepada umat islam untuk berpuasa sebanyak enam hari.sebagaimana sabda nabi Muhammad SAW:
" من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوًل كان كصيام الدهر"
maksudnya:barangsiapa telah berpuasa ramadhan,selepas itu mengikuti puasa ramadhan itu dengan enam hari dari bulan syawal maka seperti berpuasa untuk setahun.
nanti ade orang bertanya,macam mana boleh jadi puasa setahun??haaa,ini tak lain tak bukan ulama kita telah membuat perincian yang begitu mendalam daripada hadis-hadis nabi SAW,dan bukan dengan pandai-pandai sendiri jer mengeluarkan hukum,nabi Muhammad bersabda ,yang dikeluerkan oleh imam muslim dari hadis abi ayub al-ansori:صيام شهر رمضان بعشرة أشهر و ستة أيام بعدهن بشهرين فذلك تمام السن"
maksudnya:puasa bulan ramadhan dengan sepuluh bulan dan puasa enam hari selepasnya dengan dua bulan,maka dengan itu sempurnalah setahun.
maknanya,sesungguhnya satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali,maka sebulan kita berpuasa akan digandakan menjadi sepuluh bulan,dan enam hari akan menjadi 60 hari,yaitu 2 bulan,dn apabila dicampurkan maka sempurnalah setahun,tak gitu pak mail??
adakah mesti melakukan puasa enam dengan berturutan??
ulama mengatakan bahawa puasa enam dengan berturutan adalah AFDHAL,lebih baik,tetapi meskipun dilakukan dengan selang hari pun tidak mengapa,juga mendapat pahala puasanya.
Dan sesiapa saja yang telah meninggalkan puasa di bulan ramadhan walaupun tanpa keuzuran maka boleh digantikan di bulan syawal bersekali dengan puasa enam tersebut.

sebelum tu,minta ampun dan maaf kepada semua,dan selamat hari raya

No comments:
Post a Comment