Saturday, November 7, 2009


Bismillah,dan alhamdulilah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad s.a.w. Lama sungguh rasenye saya tidak update blog ni, sampai berkarat dah nampak, hahaha..

bersempena musim haji ni ingin saya berkongsi sedikit sebanyak tentang ape yang saya tahu tentang rukun islam yang kelima ni,yaitu haji ke baitullah al-haram.

Adapun haji pada bahasanya bermaksud:qosad,dan pada dari segi syarak pula, adalah satu qosad untuk menunaikan haji ke baitullah al-haram untuk menunaikan ibadat yang khusus, dengan syarat-syarat yang khusus. Dan ibadat haji ini telah disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah.

hukum haji

hukum haji sebagaimana yang telah disepakati oleh seluruh orang orang islam yaitu fardhu, dan salah satu rukun dari rukun-rukun islam yang lima itu.dan tidak ada seorangpun dari orang islam yang berselisih pendapat dengannya keculi mereka-mereka yang terpesong dari islam.Ini kerana banyak dalil yang menjelaskan bahawa ibadat haji ini adalah salah satu dari rukun islam samada dari al-quran,hadis dan ijmak ulama'

hikmah daripada ibadah haji


  1. Kesatuan di antara umat islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan,kerana ketahuilah bahawa agama islam terbina, salah satunya dengan kesatuan umat dan juga sifat berbaik-baik antara satu sama lain.
  2. Menghidupkan hakikat sebenar ukhuwah islamiyah tanpa memberi kesan sedikitpun ke atas persaudaraan islam tersebut walaupun dengan perbezaan bahasa percakapan dan jarak yang jauh di antara sesebuah negara.Dan wasilah yang palng baik untuk menghidupkan ukhuwah islamiyah itu adalah ketika mana mereka bertemu di samping kaabah dan menadah tangan berdoa bersama-sama kepada tuhan yang satu,kepada arah yang satu.
  3. Menzahirkan kesamaan antara sesama umat islam, yakni dengan mengugurkan daripada dirinya sekalian daripada tanda-tanda kebesaran,tiadalah keistimewaan untuk dibanggakan ketika itu, pangkat dan darjat.Tiada beza antara hamba dengan majikannya, tiada beza antara kaya dan miskin, yang ada hanyalah kemahuan semoga ALLAH dekat dengan diri dan mendapat keredhaanNYA.
  4. Sebagai tarbiyah kepada tubuh badan dengan merasakan sedikit kesusahan dan mengajar kita sabar dengan perkara-perkara yang tidak disukai, dan juga tarbiyah kepada kita supaya beramal dengan akhlak yang baik dengan tawadhok,bertolak ansur dan pergaulan yang baik.
Dan disana banyak lagi hikmah yang terdapat pada ibadah haji ini,yang tu cari sendirilah...k setakat ni je dulu.klu ade salah harap diperbetulkan.k time kasihhh...


Saturday, September 26, 2009

puasa enam di bulan syawal


Alhamdulilah,syukur kerana kita masih diberi kehidupan dan nikmat yang begitu banyak dan tiadalah nikmat yang paling besar melainkan nikmat iman dan nikmat islam ,dan selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW,nabi dan rasul yang tiada ganti selepasnya,sebagai rahmat sekelian alam,pemberi syafaat di akhirat kelak,semoga kita termasuk dikalangan mereka yang mendapat syafaat baginda,ameen.

Setelah sebulan berpuasa,syawal pula menjelma,kita semua bergembira memakai baju baru,dan bertemu sanak saudara.tapi sebelum itu,marilah kite tengok kembali macam mana hasil daripada puasa sebulan itu dalam kehidupan kita.adakah kita masih berada dalam maksiat ataupun sebaliknya.allahumma balighna ramadhan,ameen.Para sahabat nabi pernah mangatakan bahawa mereka meinginkan setahun itu menjadi bulan ramadhan,haaa...kenapa??Ini kerana masing-masing sudah mengetahui yang bulan ramadhan ini terlalu banyak nikmat dan keampunan yang dikurniakan ALLAH,ganjaran pahala digandakan dan banyak lagi kalau nak cakap kat sini memang panjang giler la .Bahkan para sahabat menangis apabila ramadhan berada di akhir penhujungnya,masyaALLAH..


walaupun begitu,di bulan syawal ini disunatkan kepada umat islam untuk berpuasa sebanyak enam hari.sebagaimana sabda nabi Muhammad SAW:

" من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوًل كان كصيام الدهر"


maksudnya:barangsiapa
telah berpuasa ramadhan,selepas itu mengikuti puasa ramadhan itu dengan enam hari dari bulan syawal maka seperti berpuasa untuk setahun.

nanti ade orang bertanya,macam mana boleh jadi puasa setahun??haaa,ini tak lain tak bukan ulama kita telah membuat perincian yang begitu mendalam daripada hadis-hadis nabi SAW,dan bukan dengan pandai-pandai sendiri jer mengeluarkan hukum,nabi Muhammad bersabda ,yang dikeluerkan oleh imam muslim dari hadis abi ayub al-ansori:

صيام شهر رمضان بعشرة أشهر و ستة أيام بعدهن بشهرين فذلك تمام السن"

maksudnya:puasa bulan ramadhan dengan sepuluh bulan dan puasa enam hari selepasnya dengan dua bulan,maka dengan itu sempurnalah setahun.

maknanya,sesungguhnya satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali,maka sebulan kita berpuasa akan digandakan menjadi sepuluh bulan,dan enam hari akan menjadi 60 hari,yaitu 2 bulan,dn apabila dicampurkan maka sempurnalah setahun,tak gitu pak mail??

adakah mesti melakukan puasa enam dengan berturutan??


ulama mengatakan bahawa puasa enam dengan berturutan adalah AFDHAL,lebih baik,tetapi meskipun dilakukan dengan selang hari pun tidak mengapa,juga mendapat pahala puasanya.

Dan sesiapa saja yang telah meninggalkan puasa di bulan ramadhan walaupun tanpa keuzuran maka boleh digantikan di bulan syawal bersekali dengan puasa enam tersebut.



sebelum tu,minta ampun dan maaf kepada semua,dan selamat hari raya

Sunday, September 13, 2009

haa...aduhai....


Haaa.. Baru semalam rasenye kaki ini melangkah menuju ke haiyyu sabiek,menaiki tremco yang pernah suatu ketika tanganku terkepit di antara pintunye itu,aduh,sungguh sakit sekali,tapi aku redho,mungkin ini sebagai kifarah dosa yang terlalu banyak yang telah aku lakukan,astaghfirullah... Sekalipun begitu,aku kuatkan azam dan tidak hiraukan kesakitan itu..Ini kerana aku x mahu meninggalkan satu majlis yang dijanjikan di dalamnya seribu satu keberkatan dan di antara taman-taman syurga yang dikurniakan ALLAH.Apakah tempat tersebut?aku tahu ramai yang dapat meneka,yang tak lain tak bukan,kelas tafaqquh fiddin yang di ajarkan oleh seorang ulama yang tidak asing lagi bagi kite,yaitulah Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-makki.

Sungguh sayu rase hati ini pabila syeikh mengucapkan kate-kate penangguhan,dan seterusnye memberi nasihat ,serta membacakan doa untuk kami semua sebelum berangkat pulang,dengan nada yang syahdu dan dengan makna yang dalam sehingga menyucuk ulu hati,sehingga ade di kalangan kami yang menitiskan air mata dek kerana tersentuh hatinya.bak kata pepatah(betul k x ni) luar ganas,tapi di dalam bunge,hehehe...

Rindu rasenye hati ini ingin mendengar kate2 nasihat tambahan lagi dengan ilmunye yang bermanfaat untuk kite semua.ku mengharapkan agar ALLAH masih memberikan kite sumer peluang untuk bertemu lagi di mase akan datang,amiin.k tanx,n sori

Tuesday, September 1, 2009

buat sahabat-sahabatku



aku bukan seperti engkau sangkakan
pura pura di dalam berjuang
aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai ku bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku
rela ku terima
walau kutukan
asalkan persahabatan terjaga

kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan perasaanmu lagi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa

tuhan kumohon keampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman.. kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi

walaupun mbik dari lirik orang,tapi mcm nilah yang aku rasa...........

Saturday, August 22, 2009

Syeikh Habib Ali Al-Jufri

Alhamdulilah,tidak terucap dengan kata-kata,itulah perasaan saya apabila pertama kali melihat dan menatap wajah seorang ad-da'ieyatul Islamiyy al-Habib an-Nasib as-Syeikh 'Ali al-Jufri Hafizohullah di Sahah Yamaniah,tetapi saya merasa amat rugi dan hampa sekali kerana tidak sempat untuk bersalam dan mencium tangan beliau yang mulia itu,ini kerana orang ramai berpusu-pusu dan berkejar-kejar untuk bersalaman dengannya,sedangkan saya berada jauh di belakang apabila beliau mulai keluar dari pintu masuk,semoga ALLAH menemukan saya lagi dengan beliau,ameen..

Dan antara pesanan menarik Habib ‘Ali al-Jufri khusus kepada para bapa;

“ Hadapilah bulan ini sebagai bulan Ramadhan yang mulia. Perhatikanlah bagaimana anda bergaul dengan anak dan isterimu. Janganlah ketika mana hadirnya Ramadhan, anak-anakmu masih lagi sibuk menonton rancangan-rancangan televisyen. Lailahaillallah…Bulan kebaikan telah hadir!!! Adakah kamu redha ketika diberi kepada orang yang diberi, dimuliakan orang yang dimuliakan, sedangkan anak-anak dan isterimu terhalang dari mendapat pemberian ini? Hayati firman Allah Taala: “ Lelaki adalah pemimpin ke atas perempuan”. Adakah anak-anak dan isterimu rindukan Ramadhan? Adakah kita tidak memperingatkan kepada mereka mengenai kelebihan bulan yang mulia ini……………”

Berusahalah mengejar rahmat ALLAH dan keampunanNYA di bulan yang dimana ganjaran pahala digandakan berliku-kali ganda,pahala sunat menyamai pahala wajib yang tidak dijadikan pada bulan lain melainkan ramadhan,dan pahala wajib digandakan 10 kali ganda,apa lagi yang kita inginkan??dan di 10 akhir ramadhan dikurniakan satu malam,iaitulah malam lailatul qadar,yang mana malamnya lebih baik drpd 1000 bulan,lebih kurang tempohnya 83 tahun umur kita,memang umur umat nabi muhammad SAW tidak panjang berbanding dengan umur umat-umat terdahulu,contohnya nabi Nuh beliau berdakwah selama 1000 tahun kurang 50,yakni selama 950 tahun,oleh itu tuhan mengurniakan malam lailatul qadar bagi mereka yang mahukan pahala yang besar itu.berusahalah bersungguh-sungguh k, teringat saya pada kata-kata pentua sekolah saya dulu"kalau bukan kite sape lagi?,kalau tidak sekarang bile lagi??" hahaha........

ketahuilah yang datang akan pergi,tapi sebelum ia pergi meninggalkan kite seharusnya kite mengambil semua peluang yang diberikan itu,jangan membazir,bab kata pepatah alang-alang mencelup pekasam,biar sampai ke pangkal lengan,ke guaner?? hehehe....betul ke tidok ni aku paka peribahasa? biarlah,asal bahagia...

k lah,wassalam

Thursday, August 20, 2009

ape??


ahlan ya ramadhan...........semoga kite sempat bertemu dengan bulan ramadhan kali ini

kenapa??
kenapa kite berpuasa?. ini kerana sudah termaktub didalam al-quran dengan firman ALAH dalam surah al-baqarah ayat 183,
dan kenapa kiter berpuasa didalam bulan ramadhan,tidak pada bulan -bulan yang lain??
ini x lain x bukan kerana bersempena dengan penurunan al-quran pada bulan ramadhan,kerana penurunana al-quran,maka menjadi mulia bulan ramadhan itu,...

maka oleh itu same2 lah kiter merebut peluang ini dgn bersungguh-sungguh,jangan membazir.....
kerana sesiapa yang berpuasa tapi tidak mendapt keampunan ALLAH setelah habis ramadhan,Nabi telah mengAMINkan dengan CELAKA kepada mereka tersebut.......... Nabi tidak pernah berbohong,dan tidaklah berkata-kata dengan hawa nafsu,melainkan hanya dengan wahyu drpd ALLAH SWT........

setakat ni dulu,kaluade saloh tegurlah yer


k

Tuesday, August 18, 2009

salam perkenalan

Assalamualaikum wtb.....saya mulakan penulisan di dalam blog sayer ini dengan lafaz yang mulia:
" بسم الله الرحمن الرحيم"
Salam perkenalan diucapkan kepada sumer.... alhamdulilah saye dah berjaya membuat satu blog hasil drpd tunjuk ajar sahabat2 saye sekalian...trime kasih saye ucapkan kepada sumer yang membantu menjayakan tugas saya ini ...

Dan disini saye ingin meminte pandangan ataupun teguran drp sumer orang,kalau2 di dalam penulisan ini saye ade membuat kesalahan ataupun kesilapan,maklum lah saye budak baru belajar,silap dan salah tolong maafkan...hehehe....

Sekali lagi saye ucapkan trime kasih atas bantuan sahabat2 sekalian dan memohon maaf jikalau dalam penulisan saye ni ade kesilapan ejaan atau ape-ape pom,sebab saye ni bahase melayu lemah ckit,walaupun saye ni orang melayu purelah katakan...hehehe

K, tanx