Saturday, September 26, 2009

puasa enam di bulan syawal


Alhamdulilah,syukur kerana kita masih diberi kehidupan dan nikmat yang begitu banyak dan tiadalah nikmat yang paling besar melainkan nikmat iman dan nikmat islam ,dan selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW,nabi dan rasul yang tiada ganti selepasnya,sebagai rahmat sekelian alam,pemberi syafaat di akhirat kelak,semoga kita termasuk dikalangan mereka yang mendapat syafaat baginda,ameen.

Setelah sebulan berpuasa,syawal pula menjelma,kita semua bergembira memakai baju baru,dan bertemu sanak saudara.tapi sebelum itu,marilah kite tengok kembali macam mana hasil daripada puasa sebulan itu dalam kehidupan kita.adakah kita masih berada dalam maksiat ataupun sebaliknya.allahumma balighna ramadhan,ameen.Para sahabat nabi pernah mangatakan bahawa mereka meinginkan setahun itu menjadi bulan ramadhan,haaa...kenapa??Ini kerana masing-masing sudah mengetahui yang bulan ramadhan ini terlalu banyak nikmat dan keampunan yang dikurniakan ALLAH,ganjaran pahala digandakan dan banyak lagi kalau nak cakap kat sini memang panjang giler la .Bahkan para sahabat menangis apabila ramadhan berada di akhir penhujungnya,masyaALLAH..


walaupun begitu,di bulan syawal ini disunatkan kepada umat islam untuk berpuasa sebanyak enam hari.sebagaimana sabda nabi Muhammad SAW:

" من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوًل كان كصيام الدهر"


maksudnya:barangsiapa
telah berpuasa ramadhan,selepas itu mengikuti puasa ramadhan itu dengan enam hari dari bulan syawal maka seperti berpuasa untuk setahun.

nanti ade orang bertanya,macam mana boleh jadi puasa setahun??haaa,ini tak lain tak bukan ulama kita telah membuat perincian yang begitu mendalam daripada hadis-hadis nabi SAW,dan bukan dengan pandai-pandai sendiri jer mengeluarkan hukum,nabi Muhammad bersabda ,yang dikeluerkan oleh imam muslim dari hadis abi ayub al-ansori:

صيام شهر رمضان بعشرة أشهر و ستة أيام بعدهن بشهرين فذلك تمام السن"

maksudnya:puasa bulan ramadhan dengan sepuluh bulan dan puasa enam hari selepasnya dengan dua bulan,maka dengan itu sempurnalah setahun.

maknanya,sesungguhnya satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali,maka sebulan kita berpuasa akan digandakan menjadi sepuluh bulan,dan enam hari akan menjadi 60 hari,yaitu 2 bulan,dn apabila dicampurkan maka sempurnalah setahun,tak gitu pak mail??

adakah mesti melakukan puasa enam dengan berturutan??


ulama mengatakan bahawa puasa enam dengan berturutan adalah AFDHAL,lebih baik,tetapi meskipun dilakukan dengan selang hari pun tidak mengapa,juga mendapat pahala puasanya.

Dan sesiapa saja yang telah meninggalkan puasa di bulan ramadhan walaupun tanpa keuzuran maka boleh digantikan di bulan syawal bersekali dengan puasa enam tersebut.



sebelum tu,minta ampun dan maaf kepada semua,dan selamat hari raya

Sunday, September 13, 2009

haa...aduhai....


Haaa.. Baru semalam rasenye kaki ini melangkah menuju ke haiyyu sabiek,menaiki tremco yang pernah suatu ketika tanganku terkepit di antara pintunye itu,aduh,sungguh sakit sekali,tapi aku redho,mungkin ini sebagai kifarah dosa yang terlalu banyak yang telah aku lakukan,astaghfirullah... Sekalipun begitu,aku kuatkan azam dan tidak hiraukan kesakitan itu..Ini kerana aku x mahu meninggalkan satu majlis yang dijanjikan di dalamnya seribu satu keberkatan dan di antara taman-taman syurga yang dikurniakan ALLAH.Apakah tempat tersebut?aku tahu ramai yang dapat meneka,yang tak lain tak bukan,kelas tafaqquh fiddin yang di ajarkan oleh seorang ulama yang tidak asing lagi bagi kite,yaitulah Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-makki.

Sungguh sayu rase hati ini pabila syeikh mengucapkan kate-kate penangguhan,dan seterusnye memberi nasihat ,serta membacakan doa untuk kami semua sebelum berangkat pulang,dengan nada yang syahdu dan dengan makna yang dalam sehingga menyucuk ulu hati,sehingga ade di kalangan kami yang menitiskan air mata dek kerana tersentuh hatinya.bak kata pepatah(betul k x ni) luar ganas,tapi di dalam bunge,hehehe...

Rindu rasenye hati ini ingin mendengar kate2 nasihat tambahan lagi dengan ilmunye yang bermanfaat untuk kite semua.ku mengharapkan agar ALLAH masih memberikan kite sumer peluang untuk bertemu lagi di mase akan datang,amiin.k tanx,n sori

Tuesday, September 1, 2009

buat sahabat-sahabatku



aku bukan seperti engkau sangkakan
pura pura di dalam berjuang
aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai ku bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku
rela ku terima
walau kutukan
asalkan persahabatan terjaga

kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan perasaanmu lagi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa

tuhan kumohon keampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman.. kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi

walaupun mbik dari lirik orang,tapi mcm nilah yang aku rasa...........