Alhamdulilah,tidak terucap dengan kata-kata,itulah perasaan saya apabila pertama kali melihat dan menatap wajah seorang ad-da'ieyatul Islamiyy al-Habib an-Nasib as-Syeikh 'Ali al-Jufri Hafizohullah di Sahah Yamaniah,tetapi saya merasa amat rugi dan hampa sekali kerana tidak sempat untuk bersalam dan mencium tangan beliau yang mulia itu,ini kerana orang ramai berpusu-pusu dan berkejar-kejar untuk bersalaman dengannya,sedangkan saya berada jauh di belakang apabila beliau mulai keluar dari pintu masuk,semoga ALLAH menemukan saya lagi dengan beliau,ameen..Dan antara pesanan menarik Habib ‘Ali al-Jufri khusus kepada para bapa;
“ Hadapilah bulan ini sebagai bulan Ramadhan yang mulia. Perhatikanlah bagaimana anda bergaul dengan anak dan isterimu. Janganlah ketika mana hadirnya Ramadhan, anak-anakmu masih lagi sibuk menonton rancangan-rancangan televisyen. Lailahaillallah…Bulan kebaikan telah hadir!!! Adakah kamu redha ketika diberi kepada orang yang diberi, dimuliakan orang yang dimuliakan, sedangkan anak-anak dan isterimu terhalang dari mendapat pemberian ini? Hayati firman Allah Taala: “ Lelaki adalah pemimpin ke atas perempuan”. Adakah anak-anak dan isterimu rindukan Ramadhan? Adakah kita tidak memperingatkan kepada mereka mengenai kelebihan bulan yang mulia ini……………”
Berusahalah mengejar rahmat ALLAH dan keampunanNYA di bulan yang dimana ganjaran pahala digandakan berliku-kali ganda,pahala sunat menyamai pahala wajib yang tidak dijadikan pada bulan lain melainkan ramadhan,dan pahala wajib digandakan 10 kali ganda,apa lagi yang kita inginkan??dan di 10 akhir ramadhan dikurniakan satu malam,iaitulah malam lailatul qadar,yang mana malamnya lebih baik drpd 1000 bulan,lebih kurang tempohnya 83 tahun umur kita,memang umur umat nabi muhammad SAW tidak panjang berbanding dengan umur umat-umat terdahulu,contohnya nabi Nuh beliau berdakwah selama 1000 tahun kurang 50,yakni selama 950 tahun,oleh itu tuhan mengurniakan malam lailatul qadar bagi mereka yang mahukan pahala yang besar itu.berusahalah bersungguh-sungguh k, teringat saya pada kata-kata pentua sekolah saya dulu"kalau bukan kite sape lagi?,kalau tidak sekarang bile lagi??" hahaha........
ketahuilah yang datang akan pergi,tapi sebelum ia pergi meninggalkan kite seharusnya kite mengambil semua peluang yang diberikan itu,jangan membazir,bab kata pepatah alang-alang mencelup pekasam,biar sampai ke pangkal lengan,ke guaner?? hehehe....betul ke tidok ni aku paka peribahasa? biarlah,asal bahagia...
k lah,wassalam
